home about Home


hello


Hello friends! My name is Firddaus Rafiqi from
Rawang , Selangor

ARCHIEVE



Tutorial Rendang Ayam Berkuah Yang Sedap
Thursday, 6 August 2015 | 2 Comments



Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera , Harini mari kita masak RENDANG AYAM YANG BERKUAH , Sebab apa admin ambik resepi rendang ayam ? sebab rendang ayam memang popular semasa hari raya aidilfitri ni kan , so apa lagi tunggu , Jom kita masak .

Masakan ni saperti memasak rendang jua, hanya berkuah je , Senang kalau ada kuah, tak payah nak masak masakan yang berkuah lagi . Cara saya memasak adalah saperti dibawah. Cara orang malas. Tak nak susah susah and buang masa , sedap pun sedap juga mengikut air tangan sendiri.


Bahan Bahan :-

Beberapa ketul ayam (terpulanglah)
1 helai daun kunyit
1 biji limau nipis
1 santan kotak
1-2 sudu besar cili boh
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula sebagai perasa
1-2 cawan air

Bahan bahan kisar :-

1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
2 batang halia

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan kisar , dan masukan cili boh (anggarkan kepedasan/kemerahannya), kacau hingga. terbit bau.


2. Masukkan bahan perasa (garam, gula) dan masukkan ayam dan kacau sebentar.


3. Masukkan santan dan air. Renih sebentar hingga kuah menjadi pekat, perahkan asam limau dan masukkan kerisik, renih sedikit lagi. Biarkan ia berkuah sebelum menutup api.


Hidangkan dengan hirisan daun kunyit. 


Resepi Oleh : http://hariharimasakmakan.blogspot.com/

Blogger Pengedar Shaklee Klang said...

Gambar nampak sedap. Take sabar dah nak try

 
Blogger Pengedar Shaklee Klang said...

Gambar nampak sedap. Take sabar dah nak try

 

Post a Comment